ICT 8
25/3/2026 Kaih nak share di sini gadjet lama yang pernah dimiliki sebelum ini. Mungkin aokme pernah guna gadjet yang sama macam kaih ni..he3.. Kebetulan cuti raya ambik lebih sikit jadi sempatlah belek-belek laci tu. Tengok banyak pulak lah gadjet lama yang dah rosak tapi sayang nak buahg. Orang khabor..kalau jenis menyimpan barang lama dan rosak ni sejenis penyakit Hoarding Disorder (Gangguan Penimbunan). Ia adalah gangguan mental yang serius di mana penghidap berasa cemas, tertekan, atau sayang untuk membuang barang, sering dikaitkan dengan obsessive-compulsive disorder (OCD) atau trauma. Jadi kaih tak nak lah dikatakan orang jenis itu...
Ini senarai gadjet kaih yang akan dilupuskan:
1. Smart Phone Samsung
ICT 7
20/9/2014 Jika anda menghadapi masalah dalam penggunaan blog, laman sosial seperti fb, skype dan sebagainya diganggu oleh orang yang tidak dikenali. Atau mungkin juga anda menerima ugutan dan gangguan meminta wang seperti yang pernah saya terima dalam handphone. Mungkin anda pernah terima gangguan dari nombor 33383 "RM0.00 Subscription Reminder. No subscription fee. Price:RM3.00/sms. 10 sms/month. Auto renewal 01/09/2014 unless cancelled. To cancel send STOP BT to 33383." sms ini kerap kaih terima tapi diabaikan jer... tapi dah banyak kali sgt meluat jg...risau juga kut sungguh hantu tu makan duit kaih RM3.00. Kaih hantar email ke Suruhanjaya Komunikasi Malaysia minta diambil tindakan. Memang bagus SKMM ni...email dibalas segera. Ia ada kaitan dengan syarikat telekomunikasi yang kita langgan. Lepas tu tak de lagi dah gangguan sms tu...
ICT 6
19/9/2014 Cara penjagaan Macbook Pro. Mungkin ada di kalangan pengguna macbook yang gemar memuat turun perisian utilities untuk penjagaan macbook. Tujuannya mengelakkan laptop 'slow' dan mengelakkan virus. Sebenarnya kita tak perlu membeli perisian lain atau memuat turun software utilities untuk macbook. Ikuti video berikut "How to Clean Your Macbook"
ICT 4
18/9/2014 Video cara menyusun fail dalam macbook pro
ICT 3
18/9/2014 Video cara menggunakan i Movie pada Macbook Pro 2014..best...
Cara mencegah serangan Mallware. lihat video berikut










No comments:
Post a Comment