Wednesday, 18 May 2011

Belajar Masakan Barat Siri 1

Ahad 15 Mei 2011, Kolej Komuniti Tasek Gelugor- menghadiri kursus pendek masakan barat. Siri 1 ni masak daging black pepper..yang kelakarnya aku sorang je lelaki yg jadi peserta, nasib baik isteriku ada sama. Bila dah masak tu rasa x le susah sangat buat daging black pepper ni..yg agak lambatnya nak buat kuahnya yg warna hitam tu..

Bila dah siap fulamak! rasa sebiji macam daging black pepper di AU2,Keramat, KL. berikut gambar2 kenangan yang diambil..












Isteriku, Mahani Ismail dengan gaya seorang Chef western



Yang dalam pinggan tu, daging dah siap dimasak. Siap bagi free bawa balik rumah. Lepaslah utk makan tengahari..

Sunday, 15 May 2011

Keistimewaan Taman Penaga

Taman Penaga terletak di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Ia berhampiran dengan Sungai Lahar Endin, iaitu tempat pendaratan ikan terkenal di Penaga. Banyak ikan segar dijual di sini setiap hari. Yang paling terkenal ialah Ikan Termenung...harganya ikut keadaan, adakalanya RM4 sekilo dan kadang2 RM2 sekilo..

inilah gambar ikan termenung



Biasanya ikan ni di goreng garing atau dibakar..fuh cicah dgn air asam pedas tak cukup 5 ekor woo..
Isteri saya suka masak asam pedas atau buat singgang.