PSV

Kerja Kursus seni Visual 2012

1. Sarung Bantal Batik
hanya lima orang pelajar yang pilih soalan ini. Berikut adalah contoh aktiviti yang dilakukan pelajar sebagai kajian folio KRSV.

gunakan tisu yang agak tebal

tandakan bentuk yang akan diikat nanti

bunjutkan tisu mengikut bentuk yang dilukis 

ikat dengan getah kepada beberapa bahagian

sediakan warna

warnakan mengikut pilihan menggunakan berus

teruskan mewarna, pastikan warna masuk ke seluruh tisu


bahagian pangkal tisu

setelah kering

Berikut contoh video batik ikat celup dari youtube




















Berikut adalah contoh rancangan mengajar tahunan seni visual. Sesiapa yang berminat boleh download tapi jangan lupa ucap terima kasih dalam ruang komen...he he.. saja nak kenal kawan2..manalah tau boleh kongsi2 idea..


Rancangan Tahunan Seni Tingkatan 1

Rancangan Tahunan Seni Tingkatan 2

Rancangan Tahunan Seni  Tingkatan 3

Rancangan Tahunan Seni Tingkatan 4

Rancangan Tahunan Seni Tingkatan 5

Mengajar Tajuk Batik - Kraf Tradisional tingkatan 4

25 Ogos 2011, hari ni aku cuba mengingat kembali kemahiran yang pernah dipelajari di UiTM dulu..

Langkah 1- tunjukkan kepada pelajar2 corak kain-kain batik yang dimuat turun dari internet..tanya beberapa soalan yg menjurus ke arah tajuk.

Langkah 2- minta pelajar bincangkan penghasilan kain batik dan kegunaannya..bentangkan kepada kelas.

Langkah 3- guru tunjukkan pelbagai corak dan motif batik melalui slaid power point..sbg tambahan minta pelajar lukis dalam buku nota.

Langkah 4- minta pelajar melukis corak batik berdasarkan motif yang dipilih.Pelajar perlu diingatkan lebih awal supaya membawa contoh corak batik dari rumah.

langkah 5- latih pelajar cara penggunaan canting pada kertas lukisan sebagai 'asas'. Kawalan canting dan kelembutan tangan penting dalam mencanting...terapkan nilai kesabaran...

berikut gambar2 yang sempat dirakam..











2 comments: