Setelah rumah siap ubah suai
19 September 2014, kebetulan cuti sekolah seminggu..Setelah siap ubah suai rumah tanah pun tinggal sekangkang kaih je...depan penjuru rumah. Keinginan kaih untuk membina sebuah kolam ikan tercapai jua. Dapatlah bela 15 ekor ikan kap di samping menikmati bunyi air terjun buatan.
Kolam ikan dengan konsep tropika
Ruang di tanah sekangkang kaih tidak disia-siakan. Tanaman ulam dalam pasu mengisi tempat.
Ulam Tenggek Burung(Pahang) @ Cabang Tiga (Penang)
Ulam Serai Kayu(Pahang) @ Pucuk Samak(Penang)
Ulam Beka
Ulam Putat
Ulam Mata Itik
Pokok Cili Api
Pelam Cokkonan
Kecik paras lutut dah berbuah...tengok ter dah meleret ke tanah..keliling tu kaih tanam
bunga pukul 10..macam2 kaler ander.. nilah pelam yang kaih beli di Padang Serai bulan 5 dulu...
Bunga orkid putih + purple
Orkid Dark Purple
Tanaman Pelam Cokkonan
Pada 4 Mei 2014 kaih meronda-ronda beberapa nurseri tanaman cari anak pokok pelam. Pelam harum manis yg dah ditebang pada 3 Mei 2014 kerana x mboh berbuah perlu digantikan segera.
Akhirnya kaih berjaya jumpa pelam jenis cokkonan di nurseri Padang Serai. Asalnya nak cari pelam epal, tapi pokoknya kecil sangat kaih tukar kepada pelam cokkonan yang dah ada putik buah sebiji. Harapnye lepas ni ia akan terus berbuah dengan lebat dan molek...
Karnival Hari Peladang Penternak & Nelayan 2013
Pada 6 Julai 2013 kira-kira jam 11.30 pagi, kaih meluangkan masa ke tapak ekspo di Seberang Jaya, Pulau Pinang untuk menyaksiakan karnival yang berasaskan pertanian. Cadangnya nak cari pokok bunga orkid untuk menambah koleksi orkid di rumahku...pengujung memang ramai walupun sudah hari ketiga karnival berlangsung. Setelah meletakkan kereta, kaih terkejut melihat kebakaran yang melibatkan sebuah kereta perodua kembara. Menurut pengunjung yang turut menyaksikan kebakaran, ia mungkin berpunca daripada air tangki radiator yang kering...kesian juga melihat kakak tuan punya kereta dan 4 orang anaknya yang masih kecil menangis melihat kereta terbakar.
Gambar di atas, semasa dan selepas kebakaran. Pihak Bomba menjalankan siasatan punca kebakaran.
Berbalik kepada cerita kaih melawat ekspo pertanian, walaupun tiada pokok orkid yang berkenan di hati, namun dapat berjumpa dengan Pengarah Pertanian Pulau Pinang, Encik Munir. Beliau berkongsi cara menghasilkan baja organik tanpa kos yang tinggi. Caranya :
1. Dapatkan perut ikan lebih kurang satu balang
2. Gula merah lebih kurang 1/4 balang
3. Masukkan perut ikan dan dan gula merah tadi ke dalam balang dan kacau sebati
4. Perapkan selama sebulan, tutup balang dengan plastik supaya tidak di masuki lalat
5. Baja boleh digunakan selepas sebulan dengan mencedok 2- 3 sudu sekali guna, campurkan dengan air (lebih kurang 1 botol mineral 5 kg)
6. Semburkan kepada tanaman yang berdaun, Insyaallah menjadi..kaih pun baru nak mencuba.
Terima kasih kepada Tuan Pengarah Pertanian Pulau Pinang yang sudi berkongsi ilmu.
Berikut dikongsikan gambar-gambar yang sempat diambil pada hari berkenaan.
Pertandingan Durian terbaik
1. Dapatkan perut ikan lebih kurang satu balang
2. Gula merah lebih kurang 1/4 balang
3. Masukkan perut ikan dan dan gula merah tadi ke dalam balang dan kacau sebati
4. Perapkan selama sebulan, tutup balang dengan plastik supaya tidak di masuki lalat
5. Baja boleh digunakan selepas sebulan dengan mencedok 2- 3 sudu sekali guna, campurkan dengan air (lebih kurang 1 botol mineral 5 kg)
6. Semburkan kepada tanaman yang berdaun, Insyaallah menjadi..kaih pun baru nak mencuba.
Terima kasih kepada Tuan Pengarah Pertanian Pulau Pinang yang sudi berkongsi ilmu.
Encik Munir, Pengarah Pertanian Pulau Pinang
Pertandingan Durian terbaik
Pertandingan Terarium pelajar sekolah menengah
Teka buah apa?...ha...buah pala dan bijinya yang warna merah
inovasi...tanam kesum dalam air, dan boleh bela ikan
Hasil kebunku
Inilah hasil kailan yang ditanam di belakang rumah..
Jom Petik Jagung..
Jagung yang sudah cukup masak, siap untuk dipetik.
baru separuh dikutip, tak banyak yang menjadi sebab tanam agak rapat buah tak berapa besar
Jagung manis yang siap direbus
Kebun sayurku
Aku mulakan aktivti di kebun sayur ni pada hari Sabtu& Ahad dan waktu petang lepas balik kerja. Saja seronok2 sekurang-kurangnya dapat juga keluarkan peluh...inilah hasilnya...
Kini..semua kebunku dah tinggal kenangan...
mulai Januari 2013, rumah dah diubahsuai dan ruang tanah tepi dan belakang digunakan semaksimumnya untuk binaan rumah. Kini aku dan keluarga telah menduduki semula rumah setelah 4 bulan tinggal sementara di Bakar kapor.