Pada 1 Jun hingga 3 Jun 2011, aku bersama isteri dan anak2 telah bercuti ke Kelantan Darul Naim. Kami bertolak jam 8.00 pagi dan sampai ke Kelantan pada jam 12.30 tengah hari. Perjalanan melalui Lebuh Raya Timur Barat.
Hari kedua (makan malam bersama keluarga di Bazar Buluh Kubu)
Apabila aku ceritakan percutian kami sekeluarga kepada abah dan mak, mereka terus berminat untuk turut serta. Apa lagi, kena tempah satu bilik lagi untuk mereka (mak, abah, ina & ain).
--Menikmati makan malam di Bazar Buluh Kubu.
Hari Kedua(2 JUn 2011)
Hari kedua ni awal2 pagi kami bersarapan di Pasar Siti Khadijah. Seronok menikmati juadah di sini dengan beraneka kuih-muih tradisional Kelantan. Tambahan pula dengan nasi kerabu, nasi dagang yang dihidangkan dengan lauk-pauk yang lazat. Pilih saja yang mana berkenan, tapi jaga-jaga sotong dang udang yang besar tu agak mahal harganya. Tanyalah dulu sebelum mencedok lauk tu...ha ha nanti garu kepala membayar...
Hari Pertama (1 Jun2011)
Tempat pertama yang kami kunjungi ialah Rantau Panjang. Tiba2 aje tukar rancangan bila nampak papan tanda Rantau Panjang, isteri terus cadangkan ke sana sebab dah dekat. kami singgah makan tengah hari sebab perut dah bernyanyi.
Lepas makan kami mulalah meninjau-ninjau barangan yang dijual..memang rambang mata. Tambah-tambah isteriku..boleh tahan juga pakaian yang dibelinya. Sebab katanya, di KL pakaian dan fabrik yang sama tapi harganya begitu mahal 2 kali ganda. Aku, apa lagi cari baju jersi lah.
Lepas beli baju kami sekeluarga, kami bertolak ke Kota Bharu untuk cari penginapan. Kami menginap di Hotel Sutera selama dua malam. Hotel ni terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu berdepan dengan Pasar Raya The Store dan Stesen bas lama Kota Bharu. Bila aku tengok stesen bas tu teringat kembali kenangan semasa belajar di Maktab Perguruan Kota Bharu(IPG) tahun 1994-1997. Di situlah aku selalu turun dan naik bas dari kampung atau dari maktab ke Kota Bharu.
Selepas sarapan, kami bertolak ke Pengkalan Kubur iaitu salah satu tempat yang menarik untuk membeli belah. Apa yang menarik di Kelantan, pelancong tidak akan tersesat kerana panduan papan tanda arah yang lengkap dan jelas di setiap persimpangan jalan utama. kami tidak mengambil masa yang lama menjamu mata di sini, namun aku sempat menyambar baju jersi dengan harga RM20 dan isteriku membeli kuali serta set tempat tidur bayi. Kebanyakan harga barang di sini agak tinggi sedikit berbanding Rantau Panjang.
Balik dari Pengalan Kubur, kami singgah di Pantai Sri Tujuh. Salah satu pantai peranginan yang terkenal di Kelantan. Namun masa kami sampai masih agak awal dan bilangan pengunjung masih kurang. Sempat juga aku mengambil gambar pemandangan di sini untuk kenangan.
Dari Pantai Sri Tujuh, Kami bertolak semula ke Kota Bharu untuk menikmati makan tengah hari. Seterusnya berehat di bilik hotel setelah penat memandu dari pagi. Anak-anak dan isteri pun sama keletihan dan tertidur.
Tepat jam 3 petang, isteriku mengajak ke Pasar Siti Khadijah untuk membeli kain batik dan sedikit buah tangan untuk saudara-mara. Memang menarik di sini, pelbagai barangan makanan seperti serunding daging, keropok, dodol ikan kering turut dijual. Pakaian juga banyak di sini, kaum wanita memang terpesona melihat baju dan kain batik yang tergantung.
Selesai membeli belah, kami ke Pantai Cahaya Bulan untuk menikmati angin laut petang. Kami sampai lebih kurang pukul 5 petang, aku mengajak isteri dan anak-anak menjamu selera makanan laut yang digoreng.