Ditulis oleh Dr. Ismail Thamby, Harian Metro Rabu, 30 November 2011.
BARU-BARU ini saya menerima e-mel daripada seorang pengguna yang bertanya mengenai produk baru yang hangat di pasaran dikenali sebagai ‘Vakouu’. Sebelum menerangkan lebih lanjut, saya ingin mengucapkan syabas kepada pengirim e-mel itu kerana mengkaji dan meneliti sesuatu produk terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan membelinya.
Tidak dinafikan banyak ‘produk kesihatan’ dijual oleh orang tidak bertauliah dan mereka kadangkala berlagak seperti doktor dan memberi maklumat kesihatan sewenang-wenangnya.
Bagaimanapun, produk dijual adalah mengarut, malah mereka menggunakan istilah perubatan seperti Dr, Nano, Stem Cell dan pelbagai lagi tanpa mengetahui maksud sebenar.
Justeru, masyarakat yang mengalami masalah kesihatan tidak teragak-agak membelinya kerana mereka mudah terpengaruh dan percaya apa yang dicanang, lebih-lebih lagi individu yang malu berjumpa pakar atau doktor mengenai masalah mereka.
Jika dibiarkan berterusan, perkara seperti ini memudaratkan lagi kesihatan mereka yang membeli produk itu, selain menanggung kerugian besar. Produk sebegini dan peralatan elektronik yang dikatakan ‘ajaib’ itu perlu dipantau penjualannya oleh pihak bertanggungjawab. Kementerian Kesihatan (KK) kini ada satu unit khas yang memantau produk kesihatan dalam pasaran untuk meneliti sama ada produk, rawatan atau kaedah tertentu yang mendakwa produk berkenaan benar-benar berkesan memandangkan kos sesetengahnya membebankan masyarakat, lebih-lebih lagi ia tidak memberi kesan positif serta berisiko memudaratkan kesihatan.
Anda mungkin maklum kaedah Terapi Ozon (kaedah mencuci darah) yang didapati tidak memberi kesan baik dan tidak diiktiraf KK. Orang ramai yang pernah menjalani terapi itu mungkin ketagih dan mengikutinya secara membuta tuli. Bagaimanapun, ia perbuatan sia-sia. Saya dapati banyak syarikat atau individu menjual produk bukan-bukan seperti produk elektronik yang mensasarkan orang berumur untuk memulihkan kelemahan badan dan tenaga. Namun, ia tidak boleh dipercayai dan saya pasti ia juga akan mendapat penelitian Unit Khas KK. Begitupun, yang penting kini adalah mengamalkan gaya hidup sihat dengan senaman berkala. Ia lebih berbaloi daripada duduk tersadai dan mendapat rawatan menerusi pelbagai produk mengarut.
Untuk makluman, tidak ada peralatan elektronik yang boleh menyembuhkan penyakit dan jika ada pun perubahan, ia hanya bersifat sementara dan kemudian penyakit lama akan datang kembali.
Perubahan yang dimaksudkan ialah ‘fantasi’ atau ‘plasibo’ kerana kepercayaan dan keyakinan awalan masyarakat kepada produk yang membuatkan minda keliru dan menganggap ‘perubahan’ itu satu kebaikan, malangnya ia tidak memberi kesan.
Pada pendapat saya, menggunakan produk berkenaan (seperti seluar dalam bermagnet yang kononnya dapat membantu ereksi dan membuatkan zakar besar, produk elektronik berjenama) bagi mendapatkan prestasi yang mengkagumkan adalah karut. Berbalik kepada produk ‘Vakouu’, jika produk seluar dalam yang mengandungi magnet itu dapat membantu memantapkan ereksi, memulihkan mati pucuk dan membesarkan zakar, saya juga akan membeli atau menjualnya. Namun ia sekadar mimpi. Jangan tertipu dan menjadi mangsa penipuan yang gemar memperalatkan individu demi keuntungan.
Setakat ini, hanya alat regangan asli, Andropenis dan Andro-Extender dapat membantu mengubah saiz anggota kelamin lelaki secara berkesan dan keberkesanannya dikaji melalui ujian klinikal.
Namun begitu, pastikan ia tulen. Alat tiruan tidak sama dan bahan buatannya juga berbeza serta boleh merosakkan anggota sulit lelaki secara ketara. Nasihat saya kepada pembaca ruangan ini, jangan mudah terpengaruh dengan produk kesihatan yang menjanjikan pemulihan penyakit atau kebaikan tertentu tanpa nasihat doktor bertauliah.
Jika was-was, dapatkan nasihat KK.